Sunday, 7 May 2017

GAYA HIDUP SIHAT

DIET SEIMBANG UNTUK SIHAT SEPANJANG HAYAT

Ramai orang yang mengalami masalah kesihatan sama ada kronik mahupun tidak. Kebanyakan orang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk kekal sihat. Sebenarnya, terdapat banyak amalan ataupun aktiviti yang boleh dilakukan untuk kekal sihat tanpa memerlukan kos yang banyak. Antara amalan yang boleh mengekalkan kesihatan adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang. Kesihatan seseorang individu bermula dari cara pemakanannya. Berikut merupakan beberapa kaedah diet yang sihat:

1. Banyakkan Minum Air



Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 liter air masak setiap hari. Air boleh mengawal suhu badan dan membantu mengeluarkan toksin yang boleh mengganggu metabolisma badan. Seseorang akan menjadi lebih lebih sihat jika mengambil air yang cukup setiap hari.

Selain itu, air juga boleh memperbaiki atau mencantikkan kulit dan wajah seseorang, membantu buah pinggang, mengawal selera dan memberikan tenaga kepada badan manusia.

Bagi mengekalkan kesihatan, pengambilan minuman yang tidak sihat seperti minuman berkarbonat perlu dikurangkan kerana minuman seperti ini mempunyai jumlah kalori dan gula yang sangat tinggi.

2. Makan Sarapan Setiap Pagi



Sarapan sangat penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh badan manusia sebagai persedian untuk memulakan kerja. Antara makanan yang baik dimakan sewaktu sarapan ialah roti, oat, telur, susu, teh dan buah-buahan kerana makanan ini mampu membekalkan nutrisi dan tenaga. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak bersarapan lebih cenderung untuk makan banyak ketika makan tengah hari.

3. Makan Mengikut Keperluan Nutrisi



Menu harian hendaklah seimbang sesuai dengan keperluan nutrisi manusia. Tidak ada manfaat sekiranya hanya mengambil daging dalam pemakanan dan mengabaikan sayuran ataupun serat. Makanan yang diambil hendaklah seimbang agar badan mendapat semua nutrisi dan khasiat yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Antara kombinasi makanan yang baik ialah mengambil daging berserta sayur-sayuran atau salad. Buah-buahan baik dijadikan sebagai pencuci mulut. Pengambilan lemak yang baik seperti yang terdapat pada ikan salmon dan tuna, avokado, kekacang dan minyak zaitun juga boleh membantu mengekalkan kesihatan.

4. Makan Mengikut Masa



Pemakanan yang terbaik adalah yang mengikut masa yang betul. Seseorang individu harus mendisiplinkan diri untuk makan mengikut jadual. Sebagai contoh, masa untuk sarapan adalah 6.30-7.30 pagi, makan tengah hari pada 1.00-2.00 tengah hari dan makan malam pada 6 petang hingga 8 malam. Badan manusia memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam untuk mencerna makanan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengambil makan malam 3 jam awal atau lebih sebelum tidur bagi memastikan makanan telah dicerna sepenuhnya. Tidur dalam keadaan kenyang adalah tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, pengambilan makanan ringan haruslah dikawal kerana ia boleh menyebabkan badan mendapat kalori yang berlebihan. 

KEPELBAGAIAN DI MALAYSIA

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Setiap bangsa atau kaum mempunyai makanan tradisional mereka yang tersendiri. Makanan merupakan salah satu elemen yang telah menyatukan kepelbagaian masyarakat Malaysia di bawah satu negara.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

NASI LEMAK



Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran masyarakat Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan santan kelapa bagi menambah rasa lemak nasi tersebut. Terdapat juga masyarakat yang menggunakan daun pandan untuk memasak nasi lemak bagi meningkatkan aroma makanan tersebut. Nasi lemak biasanya dihidang bersama telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Kini, terdapat pelbagai lagi hidangan yang disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.

LEMANG



Lemang merupakan makanan tradisi yang digemari orang ramai. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia. Lemang merupakan hidangan istimewa semasa musim perayaan terutamanya perayaan Hari Raya Aidilfitri. Makanan tradisional ini dihidang bersama rendang dan serunding.

OTAK-OTAK



Otak-otak merupakan sejenis makanan di perkampungan nelayan. Makanan ini biasanya dijadikan sebagai makanan ringan semasa jamuan petang. Makanan ini diperbuat daripada isi ikan laut. Meslipun begitu, ikan air tawar seperti ikan tilapia merah, patin dan keli juga boleh digunakan untuk membuat otak-otak. Otak-otak dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah sebelum dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Makanan ini lebih sedap dimakan ketika masih panas.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

KUIH BULAN




Kuih bulan merupakan sejenis kuih Cina yang dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat yang berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 cm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak yang agak nipis dan boleh juga diletakkan kuning telur masin di tengahnya. Selain inti biji teratai, inti kacang merah dan inti lain juga boleh digunakan. Kuih bulan adalah lebih kaya, berat dan tebal berbanding dengan kebanyakkan kek Barat dan pastri.

ZONG ZI




Zong Zi merupakan makanan tradisional Cina yang diperbuat daripada nasi pulut disumbat dengan inti yang berperisa atau manis dan dibungkus dalam buluh, daun teratai atau daun lain yang rata dan besar. Ia dimasak dengan mengukus atau mendidihkan di dalam air. Makanan ini biasanya disajikan sewaktu perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga bagi memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair pada zaman kerajaan Chu.

KUIH BAKUL




Kuih bakul atau Nian Gao ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Meskipun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan Kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "Nian Gao" di mana perkataan gao berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud "tinggi" melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" atau ringkasannya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan". Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut yang sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan dan bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya.


MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

MURUKKU



Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan erutamanya Tamil Nadu. Murukku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara Malaysia. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari tepung kacang tosai atau urad dhal dan tepung beras. Rasa makanan ini bergantung kepada penggemar seperti rasa asli atau pedas. Murukku biasanya berbentuk bulatan. Murukku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara dengan cara menekan tepung yang telah diuli ataupun dengan cara pemutaran.

ROTI CANAI



Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun pada masa kini, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulen mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai biasanya dimakan dengan dal, kari dan sambal.

TOSAI



Tosai mempunyai banyak nama lain seperti dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga restoran India. Makanan tradisional ini berasal dari India. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti sambal dari buah-buahan, kari ayam atau daging kambing, acar India dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup.



Tuesday, 18 April 2017

SENARAI TEMPAT MENARIK DI PAHANG

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Masih tercari-cari tempat menarik di Pahang? Memang banyak sebenarnya. Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan boleh dikatakan tempat-tempat menarik di Pahang adalah serba lengkap baik kategori tempat menarik di pulau, pantai, kawasan tanah tinggi, taman tema mahupun flora dan fauna.


tahun melawat PAHANG...............



 PETA :


berikut adalah sedikit sebanyak tempat perlancongan dan di PAHANG :


TEMPAT-TEMPAT PERLANCONGAN DI PAHANG


FRASER'S HILL

Bukit Fraser merupakan kawasan percutian tanah tinggi yang terletak di dalam negeri PAHANG. Berketinggian 1310 meter dari aras laut dan suhu sekitar 17-24 Celsius. Mungkin disebabkan faktor suhu yang sejuk ini mempengaruhi Louis James Fraser, seorang pengembara British pada zaman kolonial mendiami kawasan ini.Beliau dikatakan sebagai seorang pengeluar dadah & perjudian kepada pelombong-pelombong di Pahang. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat di pastikan. Kawasan ini terkenal dengan binaan bagunan-bangunan seperti di perkampungan Scothland. 


PETA :



TASIK CHINI (THE LEGENDARY OF DRAGON)







    •         Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
    •          Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
    • Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.
    • Tasik ini merupakan kawasan kurang penduduk

PETA



Itu sahaja yang saya dapat kongsikan didalam ALQUR'AN ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)..Jelas sekali tujuan melancong yang dianjurkan Islam ialah digerakkan mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. Minda pengembara hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada aktiviti melancong itu.
Walaupun melancong lebih bersifat santai, tetapi tidaklah hingga kita lupa untuk berfikir kerana ketika merehatkan diri, minda masih perlu digerakkan secara positif supaya mendapat kebaikan ketika melancong.
Sesiapa tidak dapat merasai sebarang minat terhadap sesuatu pemandangan atau keadaan sehingga terbuka minda dan merasai kehebatan ciptaan Allah, itulah tanda hatinya sudah mati dan minda menjadi tertutup.
Melancong bukan sekadar ingin berhibur. Sesiapa melancong hanya semata-mata mencari keriangan, tidak akan mendapat manfaat di sebalik suruhan agama. Bahkan, keriangan yang diiringi dengan perbuatan maksiat menjadikan aktiviti melancong sedemikian haram dan amat dimurkai Allah.
Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG SAYA
#COMEND
#SUBCRIBE
#FOLLOW