MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
budaya. Setiap bangsa atau kaum mempunyai makanan tradisional mereka yang tersendiri.
Makanan merupakan salah satu elemen yang telah menyatukan kepelbagaian
masyarakat Malaysia di bawah satu negara.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
NASI LEMAK
Nasi Lemak merupakan makanan
kegemaran masyarakat Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak
merujuk kepada nasi yang dimasak dengan santan kelapa bagi menambah rasa lemak
nasi tersebut. Terdapat juga masyarakat yang menggunakan daun pandan untuk
memasak nasi lemak bagi meningkatkan aroma makanan tersebut. Nasi lemak biasanya
dihidang bersama telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal.
Kini, terdapat pelbagai lagi hidangan yang disajikan bersama nasi lemak seperti
ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
Lemang merupakan makanan tradisi
yang digemari orang ramai. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan
yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang sebelum
dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh ialah cara memasak
kaum asli di Malaysia. Lemang merupakan hidangan istimewa semasa musim perayaan
terutamanya perayaan Hari Raya Aidilfitri. Makanan tradisional ini dihidang
bersama rendang dan serunding.
Otak-otak
merupakan sejenis makanan di perkampungan nelayan. Makanan ini biasanya
dijadikan sebagai makanan ringan semasa jamuan petang. Makanan ini diperbuat
daripada isi ikan laut. Meslipun begitu, ikan air tawar seperti ikan tilapia
merah, patin dan keli juga boleh digunakan untuk membuat otak-otak. Otak-otak
dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah sebelum dibakar di atas dapur
arang atau dapur biasa. Makanan ini lebih sedap dimakan ketika masih panas.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM
CINA
Kuih bulan merupakan sejenis kuih Cina
yang dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya
pastri bulat atau segi empat tepat yang berukuran lebih kurang 10 cm dalam
diameter dan 4-5 cm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji
teratai dikelilingi oleh satu kerak yang agak nipis dan boleh juga diletakkan
kuning telur masin di tengahnya. Selain inti biji teratai, inti kacang merah
dan inti lain juga boleh digunakan. Kuih bulan adalah lebih kaya, berat dan
tebal berbanding dengan kebanyakkan kek Barat dan pastri.
Zong Zi merupakan makanan
tradisional Cina yang diperbuat daripada nasi pulut disumbat dengan inti yang
berperisa atau manis dan dibungkus dalam buluh, daun teratai atau daun lain
yang rata dan besar. Ia dimasak dengan mengukus atau mendidihkan di dalam air.
Makanan ini biasanya disajikan sewaktu perayaan Duanwu atau Festival Perahu
Naga bagi memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair pada zaman kerajaan
Chu.
Kuih bakul atau Nian Gao ialah
makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Meskipun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan Kuih bakul dipercayai membawa
tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "Nian Gao" di mana
perkataan gao berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud "tinggi"
melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" atau ringkasannya
"setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan". Sungguhpun
pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut yang sama yang
dihancurkan atau dikisar menjadi adunan dan bergantung kepada jenis itu, boleh
diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya.
MAKANAN
TRADISIONAL KAUM INDIA
Murukku
adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari
India Selatan erutamanya Tamil Nadu. Murukku telah mengambil tempat di hati
semua masyarakat berbilang bangsa di negara Malaysia. Murukku adalah makanan
ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat
dari tepung kacang tosai atau urad dhal dan tepung beras. Rasa makanan ini
bergantung kepada penggemar seperti rasa asli atau pedas. Murukku biasanya
berbentuk bulatan. Murukku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara dengan
cara menekan tepung yang telah diuli ataupun dengan cara pemutaran.
ROTI CANAI
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun pada masa kini, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulen mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai biasanya dimakan dengan dal, kari dan sambal.
ROTI CANAI
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun pada masa kini, roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulen mempunyai banyak khasiat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai biasanya dimakan dengan dal, kari dan sambal.
TOSAI
Tosai mempunyai banyak nama lain seperti dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga restoran India. Makanan tradisional ini berasal dari India. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti sambal dari buah-buahan, kari ayam atau daging kambing, acar India dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup.
No comments:
Post a Comment