DIET
SEIMBANG UNTUK SIHAT SEPANJANG HAYAT
Ramai
orang yang mengalami masalah kesihatan sama ada kronik mahupun tidak. Kebanyakan
orang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk kekal sihat.
Sebenarnya, terdapat banyak amalan ataupun aktiviti yang boleh dilakukan untuk
kekal sihat tanpa memerlukan kos yang banyak. Antara amalan yang boleh
mengekalkan kesihatan adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang. Kesihatan seseorang
individu bermula dari cara pemakanannya. Berikut merupakan beberapa kaedah diet
yang sihat:
1.
Banyakkan Minum Air
Orang
dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 liter air masak setiap hari. Air boleh
mengawal suhu badan dan membantu mengeluarkan toksin yang boleh mengganggu
metabolisma badan. Seseorang akan menjadi lebih lebih sihat jika mengambil air
yang cukup setiap hari.
Selain
itu, air juga boleh memperbaiki atau mencantikkan kulit dan wajah seseorang,
membantu buah pinggang, mengawal selera dan memberikan tenaga kepada badan
manusia.
Bagi
mengekalkan kesihatan, pengambilan minuman yang tidak sihat seperti minuman
berkarbonat perlu dikurangkan kerana minuman seperti ini mempunyai jumlah
kalori dan gula yang sangat tinggi.
2.
Makan Sarapan Setiap Pagi
Sarapan
sangat penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh badan manusia sebagai
persedian untuk memulakan kerja. Antara makanan yang baik dimakan sewaktu
sarapan ialah roti, oat, telur, susu, teh dan buah-buahan kerana makanan ini
mampu membekalkan nutrisi dan tenaga. Kajian menunjukkan bahawa orang yang
tidak bersarapan lebih cenderung untuk makan banyak ketika makan tengah hari.
3.
Makan Mengikut Keperluan Nutrisi
Menu
harian hendaklah seimbang sesuai dengan keperluan nutrisi manusia. Tidak ada
manfaat sekiranya hanya mengambil daging dalam pemakanan dan mengabaikan
sayuran ataupun serat. Makanan yang diambil hendaklah seimbang agar badan
mendapat semua nutrisi dan khasiat yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Antara kombinasi makanan yang baik ialah mengambil daging berserta
sayur-sayuran atau salad. Buah-buahan baik dijadikan sebagai pencuci mulut. Pengambilan
lemak yang baik seperti yang terdapat pada ikan salmon dan tuna, avokado,
kekacang dan minyak zaitun juga boleh membantu mengekalkan kesihatan.
4.
Makan Mengikut Masa
Pemakanan
yang terbaik adalah yang mengikut masa yang betul. Seseorang individu harus
mendisiplinkan diri untuk makan mengikut jadual. Sebagai contoh, masa untuk
sarapan adalah 6.30-7.30 pagi, makan tengah hari pada 1.00-2.00 tengah hari dan
makan malam pada 6 petang hingga 8 malam. Badan manusia memerlukan masa sekurang-kurangnya
2 hingga 3 jam untuk mencerna makanan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk
mengambil makan malam 3 jam awal atau lebih sebelum tidur bagi memastikan
makanan telah dicerna sepenuhnya. Tidur dalam keadaan kenyang adalah tidak baik
untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, pengambilan makanan ringan haruslah
dikawal kerana ia boleh menyebabkan badan mendapat kalori yang berlebihan.